Sunday, October 23, 2022

Tamat Perjalanan Degree Fine Of Arts (Product Design) USM Pada tahun 2015

 Setelah 8 tahun aku sudah lama tidak update blog..... kini aku kembali dengan kekuatan dan semangat baru penuh penceritaan yang sangat berbeza dan liku-liku perjalanan aku selepas tamat perjalanan Degree aku namum kisah ini aku ingin berkongsi kejayaan perjalanan aku telah tamat Degree di Universiti Sains Malaysia, Penang. Syukur alhamdulillah bermula 2012 sehingga 2015 aku telah berjaya mengharungi tamat perjalanan Degree dengan penuh cabaran antara cabaran paling membuatkan mental aku sangat Down iaitu menghasilkan Furniture Kids bagi teknik Bench untuk projek Minor.

Sehingga aku membuat mould menggunakan kayu bagi menghasilkan teknik Bench malah beberapa kali gagal aku ingin hasilkan sehingga patah dan kayu kena dekat muka di bahagian pipi aku...... memang perit sakit sangat pipi sampai lebam teruk tetapi ada kejadian tak diingini bila dah siap teknik Bench tiba-tiba rosak sangat teruk sehingga akutak dapat mengawal emosi aku menjerit kat bengkel dan aku lari bergegas ke jambatan Pulau Pinang...... bila mental dan keadaan sedih tak dapat kawal aku dah tak sanggup nak hidup di dunia hampir cubaan aku bunuh diri namum Allah s.w.t menyelamatkan aku terdengar azan lalu aku solat maghrib dan mengadu kepada ilahi....... Alhamdulillah hati aku tenang selepas solat isyak aku terus balik semula bengkel dan meminta maaf kesemua rakan-rakan ku atas aku tak dapat mengawal emosi. Pada malam tersebut En Wilson,Lecturer Product Design dan Pn Azlna, Supervisor aku tahu kejadian tersebut malah mereka memberikan semangat untuk aku meneruskan menyiapkan projek final serta En Wilson membantu aku sedikit untuk projek dan sedikit paper work bagi teknikal drawing......Alhamdulillah Projek Minor telah siap sepenuhnya mengikut Dateline yang telah ditetapkan.

Kini tinggal projek Majot iaitu Hearing Aids Accessories yang telah dicadangkan oleh Pn Azlina...... projek kali ini ia tidak stress banyak kena buat kajian lapangan sehingga aku pergi persatuan orang kurang pendengaran di Pulau Pinang aku mendapatkan data sebelum penghasilan produk tersebut. Tetapi alhamdulillah mereka sangat menyukai cadangan projek major aku bakal dihasilkan sebab jarang pereka di Malaysia menginovasikan produk aku bakal hasilkan..... setelah menyiapkan data aku menbentangkan kepada kesemua barisan Pensyarah Product Design, USM..... Mereka pun turut menyukai hasil pembentangan aku malah menberikan tambahan cadangan sebelum menghasilkan produk tersebut. Akhirnya aku bekerjasama dengan pihak Institut Kraf Negara dimana tempat aku semasa menuntut ilmu program Diploma Seni Kraf Logam bertemu guru2x IKN untuk menghasilkan produk Hearing Aid Accesories...... Selama aku bertapa IKN 4 Minggu akhirnya projek aku berjaya dilaksanakan......

Pada bulan Mei 2015 bermula RINTIS Final Year Project dimana penentu masa depan aku untuk dapat segulung Degree...... Syukur ya allah berkat kesabaran,dugaan dan cabaran untuk projek Major & Minor semasa perbentangan aku dapat respon positif dari barisan pensyarah semua fakulti USM serta paling dapat pujian yang aku sangat dihargai iaitu Prof. Madya Dr Hasnul J Saidon suka karya produk Major aku nampak sangat kelainan dari produk sebelumnya..... Kemudian projek Minor Furniture Kids penuh cabaran pun turut dapat pujian sehingga semasa lawatan dari pelajar sekolah rendah turut menyukai produk aku..... Alhamdulillah terima kasih Allah s.w.t.....

Tanggal November 2015, detik bersejarah aku diangkat Anugerah Dekan mendapat pointer tinggi serta mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda (Degree) diraikan bersama sahabat tercinta USM dan keluargaku tercinta penuh suasana lain masa aku konvokesyen time Diploma inilah paling bermakna kebanggaan kejayaan aku raikan serta selepas tamat konvokesyen aku diraikan opah sedara tercinta iaitu opah bedah sampai macam kenduri raikan kejayaan aku dengan sedara yang paling tercinta.....

Cuma aku simpulkan nak gapai kejayaan buat untuk diri kita bukan untuk orang lain itulah resepi kejayaaan ku.....



                                     Sesi Penilaian Bersama Prof Madya Dr Hasnul J. Saidon




                                    Bersama Sahabat / Adik Beradik Keluarga Product Design







                              Raikan Kejayaan Bersama Keluargaku Tercinta Majlis Konvokesyen


                                      Alhamdulillah Tamat Degree & Dapat Anugerah Dean List









No comments:

Post a Comment

Bermula Kisah Kerjayaku Hingga Kini (Bahagian 1)

Selepas tamat aku sambungbelajar Degree bermula lah kisah kerjaya ku pelbagai dugaan dan halangan rintangan lebih mencabar selepas tamat Deg...