Monday, October 24, 2022

Bermula Kisah Kerjayaku Hingga Kini (Bahagian 1)

Selepas tamat aku sambungbelajar Degree bermula lah kisah kerjaya ku pelbagai dugaan dan halangan rintangan lebih mencabar selepas tamat Degree. Aku Megat Safwan ingin berkongsi kisah aku dengan pelbagai kerjaya dan pengalaman aku lalui..... Ini lah kisah ku permulaan kerjaya 

Pada tahun September 2015, aku telah ditawarkan sebagai Admin dan Teacher Pre school di Smart Reader Kids Mutiara Rini.... Pelik kan pertama kali ada aku seorang lelaki bekerja di Tadika tapi takpe ini lah pengalaman pertama aku...... Pada hari pertama, aku gementar macam mana nak uruskan anak-anak yang berumur bawah 6 tahun dengan mereka takut pada aku..... Hahahahahaha susah nak tackle diorang tapi selepas 2 minggu baru mereka serasi dengan aku diorang cakap teacher megat so funny, sporting dan comel..... aku pun layan jee diorang dengan kecomelan mereka dan diorang sangat bijak dan pandai menguasai kemahiran 3M....... Tetapi selama 8 bulan sahaja aku berkhidmat di Smart Reader Kids aku sangat sedih meninggalkan sebab aku dah mulakan sayang dengan anak-anak SRKMR dan majikan pun turut bagi bagi hadiah perkhidmatan atas sumbangan terima kasih kerana aku telah mendidik mereka.....

Pada bulan Mac 2016, Kerjaya baru luar bidang sebenarnya aku mengikut abah bekerja di UTM hanya kontrak selama 1 tahun di bawah dengan Uncle Fauzi Ismail dan Uncle Suhaimi di AMTEC sebagai Research Officer........ Wauuuu pada mula nya memang aku stress dan tak minat sebab bukan bidang aku tetapi aku sahut cabaran sebab pelajar-pelajar UTM sangat sporting dan mereka ajar aku akhirnya aku dapat catchup dalam bidang sains fizik dan mekanikal kemudian aku handle event besar UTM iaitu Conference under AMTEC,UTM di Pulai Spring Resort selama 2 malam aku tidur sana cuma tugas aku jadi Photographer dan Videographer..... Alhamdulillah event itu berjaya juga akhirnya. Selepas setahun kemudian aku telah tamat kontrak pihak AMTEC,UTM sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan prestasi aku segala ilmu aku bekerja di sana aku akan gunakan mana tahu aku akan sambung belajar Master nanti tetapi sebenarnya aku dah sambung Master kena tunggu kisah aku seterusnya lain nanti.....

Tanggal Bulan April 2017, Aku mula kerjaya seterusnya bidang Marketing Management sebagai Graphic Design di salah sebuah syarikat swasta di Medini Dental Group Sdn Bhd...... Pada awal aku masuk semua team management sangat sporting iaitu Kak Sue, Syahiera, Razmal, Nadia, Kak Suzarin, Taasa, Ammara dan Wani..... Begitu juga bos sangat sporting seperti Pn Zalia, En Mapijan dan Dr Awie malahan banyak kenalan dari team barisan klinik Medini Dental cawangan lain dan Azym Synergy iaitu abang Mawie dan qalishah sangat support dan sporting..... kalau nak pegi makan mesti bersama-sama untuk bonding erat rakan sekerja..... selepas 4 minggu tiba-tiba nadia pulak last day  rasa macam hilang satu keluarga aku cepat-cepat beli kek dan raikan last day Nadia kemudian Taasa ganti Nadia sebagai Account begitu juga staff baru iaitu Azmy pun masuk management......

Bila masuk tempoh 7 bulan aku sangat selesa dan seronok kerja bagaikan satu keluarga sampai aku pernah overnight di Office sbb kerja aku banyak kena buat marketing dan video promosi sebanyak 9 buah klinik pelbagai cawangan tetapi di Johor sahaja sekarang aku dengar Medini Dental buka cawangan di Kuala Lumpur opsss dah lupakan aku nak cerita kisah masa tahun 2017..... Hari yang dinantikan ada event besar Appreciation Awards Staff di TROVE Hotel selama seminggu kami membuat persiapan dan seminggu jugalah aku overnight siap video anugerah bersama En. Mapijan kemudian kami ada raptai dan tiba-tiba En Mapijan suruh aku buat intro kena cakap untuk kehadiran Bos Medini so aku buat jew lah........Akhirnya event berjalan dengan lancar dan aku menang cabutan betuah hadiah bukan biasa-biasa...... pada bulan Sept 2017, Kak Suzarin dan Taasa pulak last day cuma aku sangat sedih kak suzarin aku paling rapat sangat aku hasilkan hadiah special untuk diorang dan berubah segalanya setelah ketiadaan diorang dan semakin pelik kerja aku dapat kena uruskan Medini Learning Centre kat Mutiara Rini bersama En Mapijan dan dugaan cabaran mental aku bekerja di sana tetapi staff baru masuk seperti Syafiqa dan Naziha support aku untuk teruskan berkhidmat kerja di sini..... setiap hari jadi aku turut disambut oleh keluarga Medini Dental Group aku rasa sangat bermakna dan bagaikan keluarga aku sendiri tetapi ada kejadian malang aku pernah hilang harta milik syarikat iaitu kamera DLSR pada mulanya aku takut nak beritahu kat kak zalia dan Dr awie akhirnya aku beritahu alhamdulillah mereka faham situasi aku dan mereka tak pernah salahkan aku terus aku buat laporan polis malah rakan-rakan sekerja beri semangat dan tak menyalahkan aku atas kecuaian kehilangan barang...... itu lah cabaran dan dugaan aku kerja di sana

Tempoh 3 tahun berlalu, pada tahun 2019 bulan Mei aku buat keputusan untuk berhenti kerja Di Medini Dental Group atas faktor aku nak fokus pengajian Master di UPSI..... hari terakhir aku kena uruskan pembukaan klinik baru di cawangan pasir gudang.....sungguh banyak kenangan 3 tahun bersama suka duka bersama diorang malah mereka membuat majlis hari terakhir aku dan kesemua staff memberi hadiah kepada aku meskipun aku dah berhenti tetapi hubungan tetap akrab sampai sekarang dan tetap aku support Medini Dental Group sehingga kini....











                                Hari Terakhir Perkhidmatan Aku  Selama 3 Tahun Di MDGSB

                                Bersama Rakan Sekerja Yang Sangat Sporting Dan Awesome




No comments:

Post a Comment

Bermula Kisah Kerjayaku Hingga Kini (Bahagian 1)

Selepas tamat aku sambungbelajar Degree bermula lah kisah kerjaya ku pelbagai dugaan dan halangan rintangan lebih mencabar selepas tamat Deg...