Semasa aku menuntut di Institut Kraf Negara,Rawang pada tahun 2008 sehingga 2011 mengambil program Diploma Seni Kraf Logam banyak aku mempelajari teknik dan penghasilan kraf logam serta banyak aku menghasilkan karyaku pelbagai produk diantara produk aku hasilkan iaitu set jewellery,Arca Besi,cogan alam,blok batik,painting hiasan dinding,candle light,produk pewter,keris dan lain-lain lagi..........
PENGENALAN SENI KRAF LOGAM
Sebagai takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam.Unsur logam juga boleh dikategorikan sebagai logam ferrous.
Untuk unsur bukan logam boleh dikategorikan sebagai logam non-ferrous kerana ia adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink.
Alotrop-alotrop logam ia lebih cenderung untuk bersifat berkilat, mulur malahan, mudah ditempa, dan pengalir yang baik,manakala sifat bukan logam secara amnya ia mudah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat.
Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat.
Kebanyakan logam adalah secara kimianya ia kurang stabil,serta mudah bertindak balas dengan membebaskan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali juga mudah bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua kumpulan juga mudah didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi, tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium, sesetengah keluli, dan titanium). Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat.....
Di Malaysia juga, seni pertukangan kraf logam sudah lama bertapak dan dipercayai bermula bertapak sejak zaman pra-sejarah lagi.Seni pertukangan logam ini berkembang sejajar dengan perkembangan industri yang lain, termasuklah emas, tembaga dan besi. Selain itu, barangan yang berasaskan logam bukan sahaja pada pertukangan logam tembaga malah dalam penghasilan perak dan pewter juga masih wujud di negara ini.
Menurut sejarah perkembangan kraf logam, penggunaan bahan-bahan logam seperti tembaga.Semasa proses pembuatan barangan seni logam ini telah dibawa oleh masyarakat Funan apabila berlaku kekacauan serta kebilauan di negara tersebut. Dari segi teknik pembuatan barangan tembaga secara tuangan juga berasal dari Funan pada zaman Dong-Son. Apabila berlaku kekacauan di negara tersebut, satu penghijrahan telah berlaku ini. Masyarakat Funan dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu membawa kemahiran yang mereka dipelajari.
Bagi logam emas pula dipercayai usaha perlombongan bermula sejak 2000 tahun yang lalu. Emas telah digali di negeri Pahang, Terengganu, Gunung Ledang di Johor, Johol dan Gemenceh di Negeri Sembilan. Mengikut anggaran dan rekod yang bertulis pada tahun 1839. Semenanjung Malaysia telah mengeluarkan kira-kira 1250 paun emas. Emas telah diperolehi dengan berbagai-bagai cara dan dikumpulkan untuk dieksport untuk kegunaan dalam negeri.
Seni pertukangan logam ini terus melalui beberapa perubahan setelah masyarakat Melayu mengetahui nilai yang ada pada logam. Jika dahulunya logam hanya dijadikan sebagai matawang, namun peredaran masa telah menjadikan logam barang keperluan dapur dan senjata. Pada masa itulah masyarakat Melayu telah pandai mencorakkan sesuatu barangan aksesori kaum wanita. Logam juga dihasilkan untuk membentuk barangan yang berkaitan dengan adat istiadat masyarakat Melayu.
Kebanyakan barang perhiasan yang dimiliki oleh kerabat diraja Melayu pada hari ini dipercayai telah diukir pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 kerana emas pada masa itu mudah didapati. Ini telah membolehkan tukang-tukang emas menggunakan kemahiran mereka dengan sebaiknya. Oleh demikian sehingga kini barangan yang dihasilkan masih mencerminkan keunggulan kesenian Melayu yang tidak dapat ditandingi.
Malahan penduduk bagi negeri Kelantan dan Kedah juga telah menggunakan duit syiling emas untuk dijadikan berjual beli.Fasa siri pertama dan paling penting dikenali ialah yang melambangkan seekor kijang. Lambang kijang kekal hingga ke hari ini sebagai lambang negeri Kelantan dan sebagai logo Bank Negara Malaysia. Kini Muzium Negara telah memberi keutamaan kepada usaha mengumpul barang-barang lama tempatan yang dibentuk daripada logam emas sebagai sebahagian daripada koleksi kebangsaan. Daripada kajian yang dibuat terhadap contoh-contoh menunjukkan kualiti kemahiran kraftangan yang bermutu tinggi.
Inilah gambar hasil karyaku Produk Kraf Logam.....................................
Inilah merupakan Projek Kumpulan Hiasan Dinding Untuk Produk Pewter Dibuat Semasa Semester 04 |
Hasilan Karyaku Produkku Painting Hisasan Dinding Merupakan Projek Final (1) Semasa Semester 05 |
Ini Merupakan Produk Arca Besi Merupakan Projek Final (2) Semasa Semester 05 |
Ini Adalah Projek Eksperimentasi "Pen Holder" Semasa Semester 05 Dihasilkan Selama 4 hari Menghasilkan 10 Unit Produk |
Produk Candle Light Subjek Rujukan Semut Menggunakan Bahan Pewter Semasa Projek Final (1) Semasa Semester 05 |
Ini Merupakan Projek Eksperimnentasi Besi Tempat Hiasan Lampu |
Ini merupakan Projek Pada Semester 03 "Loket" |
Hasilan Produk "Gelang Donut" Semasa Semester 04 |
Merupakan Produk Pewter Dibuat Semasa Semester 04 |
Hasilan Produk "Ecthing" Hiasan Dinding Dihasilkan Semasa Semester 02 |
Projek Eksperimentasi "In My Rings" Dihasilkan Semasa Semester 05 |
Ini Merupakan Projek Akhir (2) "Blok Batik" Dihasilkan Semasa Semester Akhir 06 |
Hasilan Produk Akhir (1) "Cogan Alam" Dihasilkan Semasa Semester Akhir 06 |
Inilah Adalah Pameran Untuk Pelajar Tahun Akhir Program Diploma & Sijil Semasa Semester 06 |
Inilah Merupakan Produk "Candle Light" Dengan Bahan Mixed Media Kayu Hanyut Untuk Produk Pertandingan Anugerah Kreatif Kraf Mewakili Jurusan Seni Kraf Logam |
Ini Merupakan Pameran Untuk Pertandingan Anugerah Kreatif Kraf |
Hasil Produk "Keris" Dengan Teknik Menempa Keris Dihasilkan Semasa Projek Praktikal Di Kg.Padang Changkat,Kuala Kangsar,Perak |
No comments:
Post a Comment