Tuesday, February 12, 2013

Erti Sebuah Persahabatan


Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..

Monday, January 28, 2013

Hasil Karya IKN Produk Kraf Logam Pada Tahun 2008 - 2011



     Semasa aku menuntut di Institut Kraf Negara,Rawang pada tahun 2008 sehingga 2011 mengambil program Diploma Seni Kraf Logam banyak aku mempelajari teknik dan penghasilan kraf logam serta banyak aku menghasilkan karyaku pelbagai produk diantara produk aku hasilkan iaitu set jewellery,Arca Besi,cogan alam,blok batik,painting hiasan dinding,candle light,produk pewter,keris dan lain-lain lagi..........


PENGENALAN SENI KRAF LOGAM

Dalam bidang seni kraf logam ,logam adalah sejenis unsur yang membentuk ion (kation) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang dikelilingi awan-awan elektron tak setempat. Logam adalah salah satu daripada tiga kumpulan mempunyai unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam dan bukan logam. Unsur-unsur pada garis ini adalah metaloid, kadang kala dipanggil ala logam; unsur-unsur ke sebelah bawah kiri merupakan logam-logam, manakala sebelah atas kanan adalah bukan logam.

Sebagai takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam.Unsur logam juga boleh dikategorikan sebagai logam ferrous.
Untuk unsur bukan logam boleh dikategorikan sebagai logam non-ferrous kerana ia adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink.
Alotrop-alotrop logam ia lebih cenderung untuk bersifat berkilat, mulur malahan, mudah ditempa, dan pengalir yang baik,manakala sifat bukan logam secara amnya ia mudah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat.
Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat.

Kebanyakan logam adalah secara kimianya ia kurang stabil,serta mudah bertindak balas dengan membebaskan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali juga mudah  bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua kumpulan juga mudah didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi, tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium, sesetengah keluli, dan titanium). Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat.....

Di Malaysia juga, seni  pertukangan kraf  logam sudah lama bertapak dan dipercayai bermula bertapak sejak zaman pra-sejarah lagi.Seni pertukangan  logam ini berkembang sejajar dengan perkembangan industri yang lain, termasuklah emas, tembaga dan besi.  Selain itu, barangan yang berasaskan logam bukan sahaja pada  pertukangan  logam tembaga malah dalam penghasilan perak dan pewter juga masih wujud di negara ini.

        Menurut sejarah perkembangan kraf  logam, penggunaan bahan-bahan  logam seperti tembaga.Semasa proses pembuatan barangan seni logam ini  telah dibawa oleh masyarakat Funan apabila berlaku  kekacauan serta kebilauan di negara tersebut. Dari segi teknik pembuatan barangan  tembaga secara tuangan  juga berasal dari Funan pada zaman Dong-Son.  Apabila berlaku  kekacauan di negara tersebut, satu penghijrahan  telah berlaku ini. Masyarakat Funan dipercayai berhijrah  sehingga Tanah Melayu membawa kemahiran  yang  mereka dipelajari.

        Bagi logam emas pula dipercayai usaha perlombongan bermula sejak 2000 tahun yang lalu.  Emas telah digali di negeri Pahang, Terengganu, Gunung Ledang di Johor, Johol dan Gemenceh di Negeri Sembilan. Mengikut anggaran dan rekod yang bertulis pada tahun 1839.  Semenanjung Malaysia telah mengeluarkan kira-kira 1250 paun emas.  Emas telah diperolehi dengan berbagai-bagai cara dan dikumpulkan untuk dieksport untuk kegunaan dalam negeri.

        Seni pertukangan  logam ini terus melalui beberapa perubahan setelah masyarakat Melayu mengetahui nilai yang ada pada logam.  Jika dahulunya logam  hanya dijadikan sebagai matawang, namun  peredaran  masa telah  menjadikan logam barang keperluan dapur dan senjata.  Pada masa itulah masyarakat Melayu telah pandai mencorakkan sesuatu barangan aksesori kaum wanita.  Logam juga dihasilkan untuk membentuk barangan yang berkaitan dengan adat istiadat masyarakat Melayu.

        Kebanyakan barang perhiasan yang dimiliki oleh kerabat diraja Melayu pada hari ini dipercayai telah diukir pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 kerana emas pada masa itu mudah didapati.  Ini telah membolehkan tukang-tukang emas menggunakan kemahiran mereka dengan sebaiknya.  Oleh demikian sehingga kini barangan yang dihasilkan masih mencerminkan keunggulan kesenian Melayu yang tidak dapat ditandingi.

            Malahan  penduduk bagi negeri Kelantan dan Kedah juga telah  menggunakan duit syiling emas untuk dijadikan  berjual beli.Fasa siri pertama dan paling penting dikenali ialah yang melambangkan seekor kijang.  Lambang kijang kekal hingga ke hari ini sebagai lambang negeri Kelantan dan sebagai logo Bank Negara Malaysia.  Kini Muzium Negara telah memberi keutamaan kepada usaha mengumpul barang-barang lama tempatan yang dibentuk daripada logam emas sebagai sebahagian daripada koleksi kebangsaan.  Daripada kajian yang dibuat terhadap contoh-contoh menunjukkan kualiti kemahiran  kraftangan yang bermutu tinggi.


 Inilah gambar hasil karyaku Produk Kraf Logam.....................................


Inilah  merupakan Projek Kumpulan Hiasan Dinding Untuk Produk Pewter
Dibuat Semasa Semester 04

Hasilan Karyaku Produkku Painting Hisasan Dinding Merupakan Projek Final  (1)
Semasa Semester 05

Ini Merupakan Produk Arca Besi Merupakan Projek Final (2) Semasa
Semester 05

Ini Adalah Projek Eksperimentasi "Pen Holder" Semasa Semester 05
Dihasilkan Selama 4 hari Menghasilkan  10 Unit Produk

Produk Candle Light Subjek Rujukan Semut Menggunakan Bahan Pewter
Semasa Projek Final (1) Semasa Semester 05

Ini Merupakan Projek Eksperimnentasi Besi Tempat Hiasan Lampu


Ini merupakan Projek Pada Semester 03 "Loket"

Hasilan Produk "Gelang Donut" Semasa Semester 04

Merupakan Produk Pewter Dibuat Semasa  Semester 04

Hasilan Produk "Ecthing" Hiasan Dinding Dihasilkan Semasa
Semester 02 

Projek Eksperimentasi "In My Rings" Dihasilkan Semasa Semester 05

Ini Merupakan Projek Akhir (2) "Blok Batik" Dihasilkan Semasa
Semester Akhir 06


Hasilan Produk Akhir (1) "Cogan Alam" Dihasilkan Semasa
Semester Akhir 06

Inilah Adalah Pameran Untuk Pelajar Tahun Akhir Program Diploma & Sijil
Semasa Semester 06

Inilah  Merupakan Produk "Candle Light" Dengan Bahan Mixed Media Kayu Hanyut
 Untuk Produk Pertandingan
Anugerah Kreatif Kraf Mewakili Jurusan Seni Kraf Logam


Ini Merupakan Pameran Untuk Pertandingan Anugerah Kreatif Kraf



Hasil Produk "Keris" Dengan Teknik Menempa Keris Dihasilkan Semasa  Projek
Praktikal Di Kg.Padang Changkat,Kuala Kangsar,Perak


 


Kehidupan Baru Di USM

Assalamualaikum,

Hampir setahun aku tidak update blog disebabkan sibuk beberapa pekara yang perlu aku diuruskan.........Alhamdulillah akhirnya aku terpilih menjadi mahasiswa di Universiti Sains Malaysia sebelum aku masuk USM sempat aku mencari rezeki pelbagai pekerjaan yang aku lakukan dan banyak pengalaman aku dapat di alam pekerjaan kemudian aku dapat menerima tawaran dapat masuk USM.......................
mak,abah dan sekeluarga sangat gembira aku dapat masuk USM cuma aku belum buat keputusan pelbagai pendapat aku bertanya orang dan begitu juga aku bertanya saudara aku tercinta iaitu Mohd Amru.......
   
   Amru berpesan kepada aku inilah peluang cerah yang terbaik untuk aku setelah aku berfikir masak2 mengambil masa seminggu akhirnya aku terima tawaran menyambung pengajian demi untuk mak,abah dan abg wan...Aku amat berterima kasih kepada amru dia banyak memberi kata semangat dan sokongan kepada aku tetapi sayangnya seandainya amru dapat mengikuti menyambung pengajian bersama aku sudah tentu aku bertambah semangat untuk belajar tetapi mahu tak mahu aku kena kuat semangat untuk meneruskan kehidupan demi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan aku.........Akhirnya aku ditemuduga pada bulan Mei 2012 di Pusat Pengajian Seni Di USM tiba-tiba seramai 12 orang pelajar dari Institut Kraf Negara dapat masuk USM bertambah semangat aku belajar bersama mereka di antaranya Ijoy,Iman,Kak Shaf,Kak Farah,Kak Ema,Apis,Bob,Mat Lan,Abg Azmie,Lina Mastura................masa aku ditemuduga aku terkejut rupa-rupanya En.Omar Bidin merupakan Dekan,Pusat Pengajian Seni,USM.................Alhamdulillah akhirnya lepas juga aku interview tinggal keputusan untuk kemasukan USM....................
 
       Selepas 4 bulan kemudian,aku diterima menjadi pelajar di USM mengambil program Ijazah Sarjana Muda Major Product design serta aku pilih Minor Graphic Communication..........Pada tarikh  1September 2012 aku mendaftar diri Di USM dan aku ditempatkan hostel Desasiswa Indah Kembara bersama Iman dan Ijoy tetapi kami dapat bilik berlainan pelbagai kawan-kawan aku jumpa berlainan negeri dan course...........bermula minggu orientasi yang amat menyoronokan begitulah diikuti Kem Pimpin Siswa di Lata Perangin,Manong,Perak...........kemudian Di Pusat Pengajian Seni mengadakan Kem Hala Tuju Pelajar di Kem Briss kat Kedah...............Bermulalah sesi pengajian dan kuliah begitulah cabaran seorang pelajar untuk menyelesaikan assignment dan tugasan sampai tak tidur katakan............hahahahhaha
tetapi amat menyeronokan apabila assignment buat bersama kumpulan terutama kelas Asas 3D tema pakaian Superhero pertama kali aku jadi model tetapi alhamdulillah dapat pujian dari Puan Ina pensyarah Asas 3D syukur Alhamdulillah begitu juga kelas minggu terakhir iaitu cross culture design iaitu minggu game bersama pelajar sekolah rendah memang amat menyeronokkan.....................

       bermulalah minggu peperiksaan yang mendebarkan buat kali pertama sampai buat study group bersama nana,asmida,jerol,eddy,lina,Kak ema,Farah,apis pelbagai pendapat idea sebelum menjelang peperiksaan sampai kami study group pukul 4 pagi itupun nasib baik paper bermula petang dapat rehat sedikit waktu pagi syukur alhamdulillah akhirnya aku dapat menjawab peperiksaan  cuma pernah ada jawab silap masa periksa biasalah mungkin semasa tue aku gementar tetapi semua berjalan dengan lancar semasa minggu peperiksaan keputusan peperiksaan diumumkan pada 8 Februari 2013 sangat mendebarkan berserah sahajalah kepada Allah S.W.T...............Cuti semester akhir dah bermula sempat aku singgah ke Kuala Terengganu berjumpa keluarga angkatku  dan amru lama sangat aku tak berjumpa dengan dia pelbagai aku cerita kat amru pengalaman aku di sana mungkin pertemuan aku dan amru dapat menguatkan lagi semangat aku untuk meneruskan semester akan datang untuk meneruskan impian dan kejayaan aku............insyaallah



Bersama Geng Kelas Asas 3D bersama Pensyarah Puan Ina............



Bersama Geng Bengkel Paper Making



Inilah Geng Aku Product Design


Bersama Student Seni Kem Hala Tuju Kat Kedah


Group Aku Semasa Kem Hala Tuju Pelajar Seni................



Geng Kelas Cross Culture Design Semasa Program Game Culture.........

Bermula Kisah Kerjayaku Hingga Kini (Bahagian 1)

Selepas tamat aku sambungbelajar Degree bermula lah kisah kerjaya ku pelbagai dugaan dan halangan rintangan lebih mencabar selepas tamat Deg...